Terapi kata-kata *Senyum dan Salam Jumaat*

Selalu ada WW (Wordless Wednesday),
tapi...
kali ni mama nak mulakan dihari Jumaat 2 Syaaban ni....
TERAPI KATA-KATA (TK2),

Saya DIAM  bukan bermakna saya tak boleh melawan cakap awak...
Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA dimarahi, di caci atau di maki oleh awak...
Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH....
Tapi...
Saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak sepertimana awak lakukan pada saya,
Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN SUARA pada insan lain....
dan Saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya....
hakikatnya saya juga seperti awak...
punya HATI dan PERASAAN...
Subhananllah.....

Kadang-kadang bila perasaan berkacau bilau, kita membaca sesuatu ia akan membuatkan hati yang marah jadi sejuk, hati yang gundah gulana jadi tenang, entah kenapa dari petang semalam hati ini kadang-kala jadi marah dan geram tapi cepat-cepat beristiqfar agar semuanya hilang dengan segera..... pagi ni hati ini sekali lagi terkesima... tak suka membahaskan sesuatu jadi lebih baik diam dan membisu, tak semua isu kita boleh debatkan (macam debat sinar :) ) tak semua isu kita boleh luahkan, mungkin bila kita debatkan ada hati yang terluka, mungkin bila kita war-warkan ia akan lebih merosakkan suasana.... jadi jalan terbaik ialah diam dan simpan sahaja apa yang suka dan apa yang tidak didalam hati......

P/S : Lebih baik rasanya hanya memandang dan kemudian kalau terngadah nanti baru boleh menilainya....







No comments:

Post a Comment

~Terima kasih kerana singgah dan memberi comment ~
*Mulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah*